Thursday, 19 March 2015

Kasih Yang Telah Tiada


ASSALAMUALAIKUM,
     Alhamdulillah, kini usia aku sudah genap 20 tahun, banyak suka dan duka yang aku yang telah aku lewati. Setiap pengalaman yang dilalu mematangkan aku untuk menghargai apa yang aku ada dalam hidup ini.
Sepatutnya abah ada sekali dalam gambar ni :(
pada usia aku 16 tahun, aku kehilangan seorang insan yang bergelar 'ayah'. kepergiannya tanpa diduga.Abah sakit,sakit buah pinggang. Abah ditahan dekat Hospital Taiping selama sebulan. masa cuti sekolah aku akan jaga abah dekat hospital.tapi ada satu masa tu abah di masukkan ke wad ICU , abah tak sedar selama 3 hari..masa last day abah,abah ada cakap dengan mak yang abah nak jumpa anak-anak dia. Tapi kami semua tak sempat nak jumpa abah buat kali terakhir. abah pergi pada 25/6/2011.. selama 16 tahun ni jugaklah aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah ,walaupun hidup kami sekeluarga sederhana tapi aku tetap gembira kerana abah dan mak sangat penyayang. Abah lebih pendiam orangnya berbanding mak. 

  Abah...... kalau dulu masa nak pergi sekolah aku akan salam dengan abah tapi aku jarang sekali cium pipi abah,maklumlah sebab aku rasa malu. Tapi sekarang ni aku rasa rindu sangat saat tu, rindu nak naik motor dengan abah, rindu nak pi jalan-jalan dengan abah,    rindu nak makan masakan abah,semuanya aku rindu tentang abah......     


Aku ingat lagi,abah pernah pesan kat aku, abah suruh aku belajar pandai-pandai sampai masuk Universiti,dan abah cakap bila akak dapat sambung belajar nanti abah pi hantar akak. Tapi semua tu hanya kenangan yang tak akan tercapai..

1/9/2014 ,impian aku tercapai. Aku di terima masuk ke Universiti. Keluar saja dari rumah aku teringat kat abah,aku cakap, 'abah hari akak nak pi tempat lain, kalau abah ada masa ni mesti abah bangga dengan akak kan'. Dulu abah  pernah janji nak hantar akak . Tapi hakikatnya, benda yang akak harap kan pernah terjadi..sebab abah dah pergi jauh..jauh sangat..  

walaupun abah dah tiada saat ini, aku tetap mengingati semua kenangan bersama abah. InshaAllah setiap hari aku akan doa kan abah dan mak.. 

Monday, 16 March 2015

MY Background

My BaCkGrOunD



   Nama diberi : Nor Sharifah Binti Mohd saad

   Asal : Perak

  No.Tel : 011-12571574

  E-mail : sharifahmohdsaad@gmail.com

  No.matrik : 233283

  Study At : Universiti Utara Malaysia

  DPP : Sime Darby

  Kursus : Pengurusan Sumber Manusia