Wednesday, 29 April 2015

Sarapan

menu sarapan


Resepi masakan cepat saji Sosis Bakar Mayonaise

Thumbnail image for Resep masakan cepat saji Sosis Bakar Mayonaise
Bahan membuat masakan cepat saji Sosis Bakar Mayones 10 buah sosis ayam, kerat-kerat 4 sendok makan saus tomat 50 gr mayones 10 batang tusuk sate Cara membuat masakan cepat saji Sosis Bakar Mayonaise cucuk sosis ayam dengan bilah sate, bakar hingga matang dan kekuningan. Sajikan hangat dengan mayones.



1. Hanya Dengan Blender, Buah Segar, dan Yoghurt Atau Susu…Voila! Jadi Deh Smoothies Buah

Buat banana smoothies sendiri yuk!

Kalau di rumah ada blender dan buah, jangan takut untuk membuat smoothies buah. buah yang murah dan tahan lama, biasanya apel atau pisang. Bahan yang kamu perlukan: buah-buahan (bergantung selera), susu atau yogurt.
Cara membuatnya juga cukup sederhana,potong  buah yang kamu pilih , masukkan dalam blender, dicampur dengan susu atau yogurt secukupnya, lalu diblender. Kalau semua sudah tercampur dan rasanya sudah sedap buat kamu, sajikan saja. 

2. Demi Pagi yang Tak Lagi Hambar, Hiasi Oatmeal-mu Dengan Topping Buah Segar

Oatmeal buah!

Bagi sebahagian orang, rasa oatmeal mungkin hambar dan tidak terasa sedap di mulut. untuk rasa sedap ,kamu bolehmencampurkan oatmeal dengan buah. Biasanya buah yang digunakan untuk topping oatmeal adalah strawberry, blueberry, anggur, mangga atau pisang

Tidur lewat? Bagus ke?



Assalamualaikum.. kebanyakan student selalu tidur lewat malam kan? Termasuklah saya sebenarnya,alasannya untuk siapkan assignment laa.itu laa, ini laa dan termasuk juga tengok movie sampai larut malam kan? hihihi.. tetapi banyak kesan buruk jika anda tidur lewat.. antara kesannya ialah :

Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun
Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin

Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat

Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur

Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara
Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut

Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, anda akan lebih cepat kelihatan tua

Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul


JOm Cuti-CuTi


 Assalamualaikum.. haa korang cuti semester dah nakk dekat ni.. korang dah fikir ke nak melancong dekat mana? ni ada destinasi yang menarik kat Malaysia tau.. tak payah pi jauh-jauh, membazir ja.. ni antara destinasi yang korang boleh pergi.

1. Tubotel Langkawi
Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran.
tubotel-13

tubotel-6
2. Tanah Aina Fahad
Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.
10300763_741201672584675_988397380136388537_n-e1413183908673
10653788_741201049251404_8581523586489303041_n-e1413183950332
3. Time Capsule Retreat, Raub, Pahang
Anda sukakan suasana  kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan dalam masa yang sama inginkan satu pengalaman penginapan yang unik? Ya, pengalaman ini boleh didapati di Malaysia apabila sebuah tempat penginapan di buka di Sungai Lembing, Pahang iaitu Time Capsule Retreat. Hotel ini boleh dikatakan agak sama dengan konsep TubeHotel di Mexico di mana menggunakan konsep bilik hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka.

Time-Capsule-Retreat-7
Time-Capsule-Retreat-10
Time-Capsule-Retreat-3
4. Casa Titik, Cherating, Pahang
Inginkan percutian yang tenang dan nyaman? Anda boleh ke Casa Titik, Cherating, Pahang, sambil menikmati pantai, anda boleh menikmati keindahan hijau yang segar. Menariknya Casa Titik ini menyediakan kolam renang yang besar sesuai untuk anak kecil, restoran seafood juga banyak di kawasan ini.
1510945_709106245789568_448683370_n
1395802_670009463032580_1510064411_n
5. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
The Dusun memberikan suasana berlainan persis di Bali. Cuma The Dusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana.


10407794_10152820149449780_7113140789886070526_n

Makanan Yang berbahaya untuk kesihatan


Assalamualaikum... 
inilah beberapa makanan yang seringkali kita makan namun sebenarnya mampu membahayakan tubuh kita.
Manusia memiliki komposisi makanan yang paling rumit dan bervariasi dibandingkan makhluk lainnya di planet ini, akibatnya sistem pencernaan kita menjadi terbiasa mencerna berbagai jenis makanan yang mungkin seharusnya tak baik bagi tubuh kita. Kita biasanya akan memakan berbagai makanan yang berbau sedap dan lezat tanpa peduli apakah makanan tersebut berbahaya bagi kita atau tidak, bahkan tanpa disadari makanan tersebut mengandung racun yang berbahaya bagi tubuh kita. Inilah beberapa makanan yang ternyara berbahaya bagi tubuh kita!

Nasi
Nasi memiliki banyak manfaat, terutama nasi merah, namun nasi sebaiknya tidak dikonsumsi dalam jumlah yang terlalu banyak karena mengandung arsenic dalam jumlah yang tinggi dan sangat berbahaya bagi tubuh kita. Semangkuk nasi seperti pada gambar diatas tidaklah berbahaya, namun jika kita mengkonsumsinya dalam jumlah besar maka akan berbahaya, karena kandungan zat arsenic yang tinggi seringkali dikaitkan dengan pemicu penyakit kanker.
Kacang-kacangan
Beberapa jenis kacang seperti almond dan juga kacang mede adalah makanan yang sehat. Namun sebelum kacang-kacang tersebut dikonsumsi, kacang tersebut harus diproses dan juga dipanaskan. Hal ini sangat penting, karena kacang-kacangan yang mentah mengandung sianida.
Cabai
Banyak orang menyukai sedikit rasa pedas di makanan mereka, sehingga mereka tidak dapat makan jika tak ada cabai. Namun apakah Anda tahu, bahwa capsaicin (zat yang membuat cabai terasa pedas) adalah sebuah racun? Capsaicin dapat mengakibatkan rasa terbakar, inflamasi, iritasi kulit, sakit perut dan kematian walaupun hal ini jarang.
Kentang
Kentang seringkali digunakan sebagai pengganti nasi sebagai, dan kentang baik untuk tubuh kita. Namun, ketika kita membiarkan kentang terlalu lama dan sudah mulai bertunas, sebaiknya kita tidak lagi mengkonsumsi kentang tersebut. Kentang yang sudah mulai bertunas mengandung glycoalkaloid yang beracun. Tak hanya itu, daun dan juga akar dari kentang juga beracun bagi tubuh manusia.
Biji
Buah-buahan seperti apel, cheri, dan juga buah persik baik untuk kita konsumsi, namun tidak halnya dengan biji buah tersebut. Biji-bijian dari buah tersebut mengandung sianida dan jika kita memakannya dalam jumlah banyak kita dapat mengalami keracunan.
Minyak
Dalam hal ini bukan semua jenis minyak, tetapi minyak jarak. Minyak jarak yang sudah diolah tidaklah berbahaya, namun tetap saja minyak jarak mengandung ricin yang berbahaya dan beracun. Jika kita tidak berhati-hati, mengkonsumsi minyak jarak dapat mengakibatkan kematian.
Sekian.

Sejarah UUM

Assalamualaikum.. sebagai mahasiswa dan mahasiswi UUM kita wajib tahu mengenai UUM .. haa.. saya nak share dengan korang semua pasal sejarah UUM

Sejarah Penubuhan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya Universiti  yang ditetapkan supaya mengkhusus bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Perancangan  pembinaan Universiti Keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia ( sekarang ini IPTA berada di bawah Kementerian  Pengajian  Tinggi) merancang untuk menubuhkan Universiti ini dalam bulan ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan "Projek Universiti Keenam", di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat rasmi Universiti Keenam ini diberi nama Universiti Utara Malaysia dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.

Dalam catatan sejarah UUM, universiti yang terletak paling utara ini bermula di kampus sementaranya di Bandar Darul Aman dekat Jitra dan kemudian setelah enam tahun di sana, berpindah ke Kampus Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Sebelum terbinanya kampus UUM di Sintok, kawasan Hutan Simpan Sintok seluas 4,000 hektar ini adalah kawasan yang digazetkan sebagai kawasan hitam akibat aktiviti pengganas komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak di selatan Thailand.
 
Apabila PKM meletak senjata dan menamatkan perjuangan mereka, kawasan Sintok telah digazetkan menjadi kawasan putih semula pada Disember 1988 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan itu membolehkan UUM memulakan pembinaan Kampus Sintok mulai 7 Januari 1989.


Sejak tarikh itulah kawasan Sintok menjadi lengang tanpa penduduk dan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehinggalah ia digazetkan semula sebagai kawasan putih pada Disember 1988 memandangkan keadaan telah aman dan sekali gus bagi membolehkan pembinaan Kampus Sintok, kampus tetap UUM.

Perdana Menteri telah memberikan tempoh masa selama 18 bulan untuk UUM menyiapkan Kampus Sintok. Ini bermakna pembinaan harus siap menjelang Julai 1990 apabila sesi pengajian yang baru akan bermula. Genap 18 bulan, Perdana Menteri membuat lawatan ke Kampus Sintok untuk melihat perkembangan pembinaan kampus berharga RM580 juta ini.

Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, termasuk mendapatkan pekerja binaan yang mencukupi, UUM hanya mampu memulakan operasinya di Kampus Sintok dua bulan kemudian, iaitu pada 15 September 1990 apabila pelajar-pelajar baru sesi 1990/91 mendaftar disusuli dengan kemasukan pelajar senior seminggu kemudian untuk memulakan pengajian. Jumlah pelajar UUM meningkat dari 3,500 orang pada ketika itu menjadi lebih kurang16,500 orang pada masa kini atau lebih. Pada masa kini, UUM mempunyai Kampus cawangan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai UUMKL ia khusus bagi golongan yang sudah bekerja yang tidak mahu meninggalkan pekerjaan mereka di sekitar Kuala Lumpur dan ini membolehkan mereka menyambung pelajaran mereka dengan mudah senang

Kampus Sintok telah dibina di atas sebuah lembah yang permai, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan hujan tropika yang indah dengan flora dan faunanya. Di kampus ini mengalir Sungai Sintok dan Sungai Badak yang bertemu di tengah-tengah kampus, menambah cantikkan lagi pemandangannya.

Di lembah Sungai Sintok ini, sebelum terjadinya kampus UUM, terdapat sebuah lombong bijih timah terbuka. Perlombongan dan pembalakan merupakan dua aktiviti utama penduduk di situ pada masa dulu. Oleh kerana pengganas komunis mengeksploitasi penduduk yang dianggarkan seramai 3,000 orang di Sintok pada masa lalu, pihak pemerintah membuat keputusan memindahkan penduduk-penduduk tersebut ke kawasan lain di negeri Kedah lalu menutup pekan Sintok dan mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan hitam.
  
Hasil penyelidikan dilakukan oleh empat orang pengawai sebanyak 35 nama anggota keselamatan dan juga orang awam termasuk dua orang isteri anggota polis telah dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban akibat keganasan komunis di sekitar kawasan Sintok. Sebahagiannya tidak mempunyai rekod yang lengkap dan sukar untuk mendapatkan nama penuh mereka. Naib Canselor UUM ketika itu, Tan Sri Datuk Dr. Othman Yeop Abdullah (kini Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) telah mengarahkan dibina sebuah tugu yang dikenali sebagai Tugu Peringatan Sintok yang dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 1992. 

Tugu ini didirikan di dalam kawasan kampus berhampiran dengan markas Pasukan Pegawai Simpanan (Palapes) UUM. Kawasan ini dinamakan Dataran Perwira. Pada tugu tersebut telah dipahatkan nama 35 mereka yang terkorban itu. Reka bentuk tugu adalah hasil ilham Arkitek UUM, Ismail Abdullah. Tujuan tugu ini dibina ialah untuk menjadi mercu tanda peringatan dan menimbulkan keinsafan kepada warga UUM serta generasi akan datang bahawa UUM yang tersergam indah dengan kemudahan serba canggih dan mendapat Status MSC ini ditegakkan di atas keringat serta titisan darah dan air mata generasi terdahulu. 

Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.. Bangunan-bangunan utama yang terdapat di kampus ini ialah Bangunan Akedemik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Bangunan Pentadbiran Canselori, Masjid Sultan Badlisyah, Dewan Mu'adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman, Kompleks Sukan, Varsity Mall, Bangunan Budi Siswa dan kompleks.

Adalah menjadi harapan pucuk pimpinan Universiti agar keinsafan itu akan mencetuskan semangat di kalangan warga UUM semoga mereka menuntut ilmu, menabur budi dan mencurah bakti dengan penuh ikhlas dan kesyukuran serta mengesampingkan kepentingan-kepentingan peribadi sejajar dengan motto UUM 'Ilmu, Budi, Bakti.' 


 Senarai Naib Canselor UUM:
  • 1984: Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
  • 1989: Tan Sri Dato' Dr. Othman Yeop Abdullah
  • 1993: Dato' Dr. Shamsuddin Kasim
  • 1999: Y. Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Mohammad Noor Hj. Salleh
  • 2001: Y. Bhg. Brid. Jen. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri
  • 2005: Y. Bhg. Tan Sri Dato' Wira Dr. Nordin Kardi
  • 2010: Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak

Objektif UUM adalah seperti berikut :

· Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan
· Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan
· Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan

Misi Universiti adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan terulung dan bertaraf dunia.

Selaras dengan objektif dan misi penubuhan UUM sebagai sebuah Universiti yang mengendalikan pendidikan pengurusan, tenaga kerja yang mahir dalam bidang pengurusan akan digembleng bagi menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut.

Ban Pecah, Tanjung Piandang

  Assalamualaikum... hari ini saya ingin bercerita mengenai sejarah tempat asal saya.. Saya bukan nak cerita pasal kampung, tapi pasal 'ban pecah'

      Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?


PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.

Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian.Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.

Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.



Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?

Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82.

Bekas imam di kampung tersebut memberitahu, kisah tersebut menjadi bualan penduduk kampung ketika itu. Namun, meniti peredaran zaman, kisah itu lenyap sedikit demi sedikit.

"Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah 'lautan sawah' padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.

"Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.

"Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik," ujar Masjuri.

Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.

Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.

"Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar.

"Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, 'Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya'. Sejak itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.

"Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.

"Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang," ujarnya.

"Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.

Sementara itu, seorang pemilik gerai, Hassan Mohamad, 46, mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah-tengah pantai ketika air surut.

"Saya masih dapat melihat pintu air jauh ke tengah laut iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai.

"Pintu air itu jelas menjadi bukti bahawa kawasan laut sekarang adalah ban satu ketika dahulu," katanya.

Seorang penduduk yang sering bermain di kawasan Ban Pecah ketika usia remaja, Ishak Cik, 62, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

Beliau berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.

"Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci,"katanya.

Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.

Cup Cake

  

 Assalamualaikum.. hari ni saya ingin kongsi kan resepi cup cake, yang enak, lembut, gebu... cara-caranya adalah




Bahan :
– 100 gram gula pasir
– 100 gram margarin, lelehkan
– 75 gram coklat masak pekat, lelehkan
– 75 gram tepung terigu
– 1/2 sendok teh cake emulsifier
– 1/2 sendok teh baking powder
– 12 endok makan susu bubuk
– 3 butir telur
Cara Membuat :
  • Pertama-tama kocok telur, gula pasir dan cake emulsifier hingga berwarna putih dan mengembang. Kemudian tambahkan tepung terigu, susu bubuk dan baking powder sambil diayak dan diaduk-aduk hingga rata.
  • Setelah itu masukkan margarin dan coklat yang telah dilelehan, aduk hingga rata.
  • Tuang adonan tersebut ke dalam cetakan muffin yang telah dialasi dengan paper cup hingga 3/4 penuh. Lalu kukus cetakan adonan tadi kurang lebih selama 15 menit hingga matang.
  • Angkat dan dinginkan.
  • Cupcake coklat siap untuk dihidangkan.
Resep Cupcake Vanilla
Bahan :
– 250 gram gula pasir
– 200 gram tepung terigu
– 150 ml susu
– 125 gram mentega
– 2 butir telur
– 1 sendok teh baking powder
– 1/2 sendok teh vanilla essense
Cara Membuat :
  • Panaskan oven dengan suhu 180 derajat celcius, kemudian siapkan loyang cupcake.
  • Setelah itu kocok mentega, gula, dan vanilla essense dengan mixer hingga mengembang dan pucat. Lalu masukkan telur, kocok lagi hingga rata dan mengembang.
  • Selanjutnya masukkan tepung dan susu secara bergantian, aduk hingga rata.
  • tuang kedalam loyang, kira-kira 2/3 dari tinggi loyang. Panggang 15 hingga 20 menit.
  • Angkat dan dinginkan.
  • Cupcake vanilla siap untuk dihidangkan.

Oh my English



Hai semua.... cakap pasal bahasa english ni, ramai yang tidak berani untuk menunjukkan kemampuan bercakap dalam bahasa antarabangsa (bahasa english) kerana takut diketawakan oleh rakan-rakan dan sebagainya.

Jika kita tidak berani untuk mencuba, kita akan takut buat selama-lamanya.. 

Oleh itu, saya ingin berkongsi tips dengan anda semua bagaimana untuk bercakap di dalam bahasa english




  • Jangan Terlalu Memikirkan Grammar

Sudah pernah saya katakan bahwa grammar merupakan bagian yang penting dalam bahasa Inggris, namun sebaiknya Anda tidak takut terhadap grammar. Tata bahasa atau grammar yang baik tentu sangat diidamkan bagi siapapun pembelajar bahasa, namun apabila terlalu memikirkan grammar, maka hal itu akan menghambat kita semua dalam memulai percakapan.
Kalau tidak percaya, cuba Anda melakukan percakapan menggunakan bahasa Inggris, kemudian sebelum mengucapkan kata-kata, fikirkan terlebih dahulu grammar yang tepat. boleh dipastikan, Anda akan ragu-ragu dalam berkata-kata dan bahkan tidak boleh berkata-kata karana takut salah. Ingat, grammar itu penting, namun jangan menjadi beban ketika bercakap.

  • Hidup di Lingkungan Bahasa Inggris

Anda pernah pergi ke Kampung Inggris? disana semua percakapan menggunakan bahasa Inggris. Amat disarankan, Anda memanfaatkan tempat tersebut dalam rangka belajar bahasa Inggeris. Melalui praktik setiap hari, diyakini meskipun bahasa Inggris Anda buruk pada awalnya, namun boleh menjadi seorang yang fasih berbahasa inggeris

  • Banyak Mendengarkan, Membaca, dan Menulis

Kemampuan kita dalam bercakap sebenarnya juga disokong oleh penguasaan kosakata yang kita dapatkan ketika mendengarkan, membaca, dan menulis. Selain banyak praktik bercakap, asah pula kemampuan Anda dengan mendengarkan lagu bahasa Inggris, membaca majalah atau surat khabar bahasa Inggris, dan menulis

Thursday, 19 March 2015

Kasih Yang Telah Tiada


ASSALAMUALAIKUM,
     Alhamdulillah, kini usia aku sudah genap 20 tahun, banyak suka dan duka yang aku yang telah aku lewati. Setiap pengalaman yang dilalu mematangkan aku untuk menghargai apa yang aku ada dalam hidup ini.
Sepatutnya abah ada sekali dalam gambar ni :(
pada usia aku 16 tahun, aku kehilangan seorang insan yang bergelar 'ayah'. kepergiannya tanpa diduga.Abah sakit,sakit buah pinggang. Abah ditahan dekat Hospital Taiping selama sebulan. masa cuti sekolah aku akan jaga abah dekat hospital.tapi ada satu masa tu abah di masukkan ke wad ICU , abah tak sedar selama 3 hari..masa last day abah,abah ada cakap dengan mak yang abah nak jumpa anak-anak dia. Tapi kami semua tak sempat nak jumpa abah buat kali terakhir. abah pergi pada 25/6/2011.. selama 16 tahun ni jugaklah aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah ,walaupun hidup kami sekeluarga sederhana tapi aku tetap gembira kerana abah dan mak sangat penyayang. Abah lebih pendiam orangnya berbanding mak. 

  Abah...... kalau dulu masa nak pergi sekolah aku akan salam dengan abah tapi aku jarang sekali cium pipi abah,maklumlah sebab aku rasa malu. Tapi sekarang ni aku rasa rindu sangat saat tu, rindu nak naik motor dengan abah, rindu nak pi jalan-jalan dengan abah,    rindu nak makan masakan abah,semuanya aku rindu tentang abah......     


Aku ingat lagi,abah pernah pesan kat aku, abah suruh aku belajar pandai-pandai sampai masuk Universiti,dan abah cakap bila akak dapat sambung belajar nanti abah pi hantar akak. Tapi semua tu hanya kenangan yang tak akan tercapai..

1/9/2014 ,impian aku tercapai. Aku di terima masuk ke Universiti. Keluar saja dari rumah aku teringat kat abah,aku cakap, 'abah hari akak nak pi tempat lain, kalau abah ada masa ni mesti abah bangga dengan akak kan'. Dulu abah  pernah janji nak hantar akak . Tapi hakikatnya, benda yang akak harap kan pernah terjadi..sebab abah dah pergi jauh..jauh sangat..  

walaupun abah dah tiada saat ini, aku tetap mengingati semua kenangan bersama abah. InshaAllah setiap hari aku akan doa kan abah dan mak.. 

Monday, 16 March 2015

MY Background

My BaCkGrOunD



   Nama diberi : Nor Sharifah Binti Mohd saad

   Asal : Perak

  No.Tel : 011-12571574

  E-mail : sharifahmohdsaad@gmail.com

  No.matrik : 233283

  Study At : Universiti Utara Malaysia

  DPP : Sime Darby

  Kursus : Pengurusan Sumber Manusia